Gambar2 nie masa aku ngan orang umah aku pegi ke Coimbra sebelah utara Portugal. Terkenal dengan bandar seni dan budaya serta lembah ilmu (cidade de conhecimento / cidade de doutores) kerana terdapatnya University of Coimbra (Universidade de Coimbra), universiti tertua di Portugal.Bandar ini dipenuhi dengan pelajar dan pengunjung dari negara luar. Ini hari kedua kedatangan aku ke Coimbra. Apa lagi, ambil peluang berjalan-jalan, beli barang sikit dan berposing-posing sakan. Eeeee.. geram sungguh tengok pokok laranja di tanam sepanjang jalan utama, tapi bila kita orang ambik... mak oiiiiii!!!.. masam giler (memang saja PBT dia tanam jenis yang masam). Patut ler buahnya banyak lagi kat pokok tu, tak der sapa yang heran nak ambik sebab terlampau masam. Rasanya kalau tanam kat M'sia mcm nie, mau hilang ngan akar2nye kot?. Esok aku dah nak balik ke Lisbon..